CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Friday, April 15, 2011

14-04-011

14-04-011.

Hari khamis, hari ini hari jadi Fuad, dan pada 13-04-011.Fuad sudah menerima hadiah hari jadi terbaiknya daripada JPA iaitu biasiswa dan juga kontrak 10 tahun. :D. Memang hadiah hari jadi yang terbaik.

14-04-011 waktu pagi, di masa hening subuh, aku seperti biasa melangkah ke surau berhampiran rumah untuk solat fardhu di sana. Pagi ini memang terasa kurang sesuatu. Jadi dari dalam rumah hingga ke luar rumah, aku kira..aku hitung..aku sukat..mencari kekurangan itu.

Maka setelah pulang dari surau, aku mula menyedari motor Fuad&Akram yang di parkir di hadapan rumah sudah di 'rembat' orang. Terima kasih kepada mereka yang berkenaan kerana menambah pahala sabar kami seisi rumah pada pagi ini. Nak 'freak out' pun tak guna, sebab tak dapat kenal pasti suspek, nak report polis? okeh diorang nak layan ke kes kitaorang ni? So sabar dan berdoa, cari jalan penyelesaian terbaik.

Penyelesaian... sebar maklumat pada kawan-kawan sekuliah.Andaikata terjumpa arab sedang menaiki motor yamaha crux warna kelabu, 'sauk' dulu soal kemudian. Memang macam ni cara nak bagi ilmu pada orang arab yang suka 'merembat'.

Petang jam 3 petang lebih, seorang rakan sudah menjumpai motor di sebuah masjid. Ok, husnozon..'arab rembat motor sebab nak kejar solat subuh' nice!

Motor ditinggalkan dengan habis wayar dipotong tanpa belas kasihan dan ilmu kemahiran hidup. Sangat menyusahkan orang. Lain kali tolonglah perhalusi cara kerja merembat kalian. Cukup rakus sampai tak boleh nak hidupkan enjin motor. Jumlah kerugian masih tidak dikenal pasti.

Dinasihatkan kepada pemilik motor, kunci..mangga..alarm. Semua jenis cara yang boleh mengelakkan kecurian sila lakukan dengan sebaik mungkin!

Dugaan Allah, bersabar..ada hikmahnya.


No comments: