CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Saturday, April 2, 2011

Hate and Forget.

Benci dan Melupakan.

Kamu benci akan sesuatu dan kamu melupakan, nampak sinonim kan ? Tapi, pada hakikatnya, perkara sebegini jarang berlaku, yang sering berlaku ialah. Benci dan Mengulanginya. Mungkin inilah dugaannya, manusia.

Benci mungkin nampak terlalu kasar ataupun berat,maka cuba ambil "tidak suka".. bila kita tidak suka akan sesuatu, maka cuba untuk lupakannya. Maka tak perlulah berlaku sesuatu yang membangkitkan tentang perkara yang tidak suka itu. Sebagai contoh,

Si A tidak suka pada Si Z ..

"Dalam, keadaan Si A tidak suka pada Si Z, perilaku Si A seperti selalu mengutuk, mengumpat dan mengambil tahu tentang Si Z. Hal ini langsung tidak menunjukkan Si A ini akan melupakan Si Z. Ini benci,tidak suka atau semakin suka..?"

Tidak melupakan untuk dijadikan sebagai suatu pengajaran adalah sesuatu yang digalakkan. Cuma jangan tidak melupakan dan dijadikan suatu peluang untuk menambah dosa,maka adalah sesuatu yang sia-sia.

Mungkin juga boleh, dikaitkan dalam perbuatan maksiat, tidak suka, benci maka lupakan..usah diulang kembali. Boleh menyebabkan tekanan dalam jiwa.Rasa bersalah kian menghantui jiwa.

No comments: