"Alhamdulillah, mujur tak jadi apa-apa yang teruk lagi, cuma luka sikit dan juga lebam-lebam"
Semasa perjalan ke kelas, sewaktu disimpang Hayyu Sadis, motor yang dinaiki aku dan faiz dilanggar sebuah kereta. Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Elok nak ke depan, tengok dah tergolek kat tepi. Tak sempat nak lompat jadi kaki kiri ni terseret di atas jalan raya. Faiz pulak terus melompat untuk elak dari kecederaan serius. Betis kiri dia sudah bengkak sebab main bola, ini ditambah pula dengan jatuh motor, mahu tak sakit lagi.
Semua ini berlaku sebab pakcik tua tu, nak masuk simpang tak bagi 'signal'. Memang dah kebiasaan orang sini, memandu kurang beradab. Tapi kali ini sebab di sondol kami berdua, memang marah la. Boleh pula lepas dia langgar, terus pasang 'signal'. Bajet kitaorang ni ada amnesia + rabun ayam. Sorry la pakcik, tipu sama arab boleh..kitaorang ni, memandu di bumi orang bukan hanya takut langgar orang, malah takut dilanggar orang. "Always Beware and Behave"
Lepas langgar macam biasalah duk di bahu jalan kemudian 'slow talk'. Kebiasaannya, bila berlaku 'accident' arab sama arab, jarang berlaku 'slow talk'.Terus berlaku 'cat and dog fight'.
Tapi kali ini, kitaorang masih lagi sabar jadi borak macam orang normal. *kawal marah. fuh~
Dah boleh agak pengakhirannya. Tak kan kitaorang menang, jadi semua selesai macam tu ja. Boleh pula dia nak bagi 10 Genih,dia ingat apa..upah tersadai depan orang ramai. 300 Genih kot, total cost untuk repair motor.
Mungkin kejadian ni, satu peringatan dari Ilahi, Allah sayang lebih..jadi Dia uji lebih, nak tengok sejauh mana kesabaran. Alhamdulillah, mujur hanya luka sikit.
Harapanya, lepas revolusi Januari,25 yang lalu. Rakyat mesir semakin bijak.
Tuesday, April 5, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
wahh..doc kalau luka pi hospital tak??ke rawat sdri??equipments doc mst lengkap kn kt rumah.haha..eh takleh gelak..org jatuh mana boleh gelak2...oops
buat masa ni, kalau luka kecil xpergi hospital lagi, masih rawat d rumah.
hee~ xda la lengkap sangat, boleh la..nak rawat sikit-sikit.
amboii..org sakit ni, gelakkan plak.
adeh~
dekat rumah mesti ada stethoscope..lepas tu ada gunting tajam plus segala bandage bagai kan..waahhh...rumah bakal-bakal doc memang mcm tu...
eh tak gelak..td tu ter ter...ampun ya doc~~~haha..oops ampun2...
a'ah, benda alah tu mmg kena ada.
sebab tu, ada dalam praktikal exam time 1st year.
hee~ okeh okeh..diterima sbg xsengaja.
Post a Comment