CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Tuesday, May 17, 2011

Double "S" sabar dan syukur.

Semalam ada usrah rumah, semua bersama-sama berkongsi tazkirah berantai, mula dari selepas maghrib hinggalah jam 9.15 malam. Bagaikan tersegar semula setelah lama hati beku dan kaku, dek kurangnya pencerahan peringatan. Yang menarik minat, ialah satu kisah yang dibawa oleh sahabatku seorang ini.

"dahulu kala, ada seorang budak kecil perempuan yang comel selalu berdoa agar dikurniakan dia sepasu bunga yang cantik dan juga seekor rama-rama yang indah.
Dia meminta setiap hari dalam doanya. Dan akhirnya, dia dikurniakan sepasu pokok kaktus dan juga seekor ulat beluncas.

Biarpun memperoleh sesuatu yang bukan dikehendakinya, dia masih lagi tetap bersyukur dan terus menjaga kaktus dan juga beluncas itu.

Lama kelamaan, kaktus itu pun berbunga, begitu juga beluncas sudah berubah menjadi rama-rama.

dia merasakan sangat berpuas hati dengan kesabarannya. Menjaga kaktus dan beluncas, sehingga membuahkan hasil yang indah dan cantik.

Apa yang penting kesabaran dan syukur :)

No comments: