CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Saturday, May 7, 2011

Ragbi dan ukhuwah.

Only in a day, we can make a change. :)

Pada mulanya agak sukar untuk menubuhkan satu pasukan ragbi, hal ini demikian kerana kejohanan yang dianjurkan agak dekat dengan tarikh peperiksaan akhir tahun. Tapi kami tetap teruskan juga. Jadi berbekalkan gabungan 3 universiti, Kaherah berjaya menghantar 3 pasukan.
Alhamdulillah, ketiga-tiga pasukan berjaya masuk ke final Cup dan Plate,sekalung tahniah diucapkan kepada mereka semua.

Walaupun, pasukan kami, Cairo C. Akhirnya tewas di tangan pasukan pilihan Mansoura A, tetapi masih lagi menemui kepuasan dalam bersukan. Dalam masa 2 minggu, pasukan dibina, 'chemistry friendship bonding among players' di wujudkan, dan inilah hasilnya, mampu membawa hingga ke perlawanan akhir Cup. Pasukan C tahniah diucapkan.

Tidak lupa juga, kepada pasukan cairo A yang rata-rata pemainnya dari fakulti pergigian Azhar dan juga Medic tahun 2. Tahniah kerana mampu mendapat Johan Plate selepas mengalahkan Pasukan Cairo B. Semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh mereka haruslah dipuji, begitu juga untuk pasukan Cairo B, hanya dalam 2hari berlatih, sudah berjaya untuk memberikan saingan yang menarik.

Dengan kejohanan sukan begini, akhirnya membuatkan tautan ukhuwah antara kita semakin utuh. Itulah yang sering diperkatakan "tak kenal maka tak cinta". Sekarang ini, semua berwajah ceria, mengenali sesama yang lain dengan penuh gembira. Alhamdulillah.

Semoga ukhuwah antara kami ini berpanjangan dan diredhainya.

Terima kasih daun keladi kepada pihak pengajur, dan juga jutaan terima kasih juga kepada para penyokong pasukan Cairo yang datang jauh untuk memberikan sokongan. :)

Johan Cup : Mansoura A
N. Johan Cup : Cairo C
Johan Plate : Cairo A
N.Johan Plate : Cairo B

Best Player of the tournament : Muhammah Nurhelmi Lukman

Thanks to all. :)

p/s: sorry to break the promise not to play rugby. But Alhamdulillah i got zero injuries.

No comments: