CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Monday, May 2, 2011

macam tu la sampai bila bila..

Mereka adalah mereka sendiri, yakni hadir dan selesa dengan identiti tersendiri.

Hari ini kelas seperti biasa. Selepas kelas plan asalnya ingin ke Hospital Rabaah untuk menziarahi Wan Redzuan. Tapi sebelum tu, singgah sebentar di pejabat universiti untuk dapatkan surat kebenaran guna padang. Actually dah 2minggu apply, biasala berurusan dengan arab ni, macam-macam kerenah ada,jadi bersabarlah..Sampai je di pejabat, pakcik y uruskan tu terus buat muka tak nak layan. Dah boleh agak, dia memang tak buat pun surat permohonan tu. Sepatutnya pakcik borak dengan budak budak je boleh, sebab tak nak tolong lepas tu buat muka seposen. Takpela..
xkebulur pun dengan sistem korang ni.

Dah memang cara korang macam ni, macam ni la sampai bila-bila..

Kemudian terusla ke hospital, Sampai je hospital tekan button lif untuk naik ke atas. Sekali lama la pula nak tunggu lif sampai. Part paling kelakar masa tunggu lif ialah pekerja dan juga orang-orang kat situ ketuk pintu lif. Haa, dah sebiji macam orang ketuk pintu tandas minta cepat sikit.
Mungkin diorang semua ni percaya ketuk pintu lif, nanti orang yang di tingkat 11 akan dengar..so cepat-cepat turun bawah. =)

Itula, dah memang cara korang macam ni, macam ni la sampai bila-bila..

Petang hari ni, ada training ragbi, dan hari ini lewat pula habis training. Jadi balik dari padang waktu maghrib.
Masa perjalanan balik, ada juga part yang kelakar selalu orang arab sini buat.

Bila lampu jalan dah bercahaya, jadi kita mestila tutup lampu motor atau kereta. :) supaya tak membazir bateri kereta.
Alamak aii, macam tu pun ada. haha..patut pun masuk simpang tak bagi lampu 'signal', mungkin nak jimat bateri kereta juga.
Kalau kita tak matikan lampu kereta atau motor di jalan yang sudah bercahaya, kereta yang bertentangan akan hon dan bagi isyarat 'high beam'.

Rasanya kalau diorang datang malaysia dan tengok motor motor di malaysia ni pasang lampu pada setiap waktu motor bergerak. Mesti diorang ingat orang malaysia ni kuat membazir =P



Takpela, diorang dah selesa macam tu, macam tu la..sampai bila bila..

No comments: