Berita hari ini, CUEPACS cadangkan usia pencen untuk penjawat awam perlu dilanjutkan kepada 60 @ 62 tahun.
Umi, bila baca tentang ini mesti akan marah. Sekarang pencen pada umur 56 tahun pun sudah bising, apatah lagi pada umur 60 tahun.
Bawa-bawa berehatlah . :) 56 tahun pun dah cukup elok.
Bukan isu pencen ini yang nak dikongsikan pada hari ini, tapi lebih kepada sesuatu yang agak personal, tapi bukanlah soal hati cuma apa yang ditulis mesti ada juga pada kamu semua.
Personal Tresure Chest, Kotak Harta Karun Peribadi, Kotak Rahsia...dan lain-lain lagi nama..
Nampak macam jiwang la pula, bila cerita tentang kotak rahsia peribadi ni kan Tapi itulah hakikatnya untuk seseorang yang mementingkan "sentimental value". So semua benda yang nampak ada kenangan, mesti akan disimpan untuk dijadikan koleksi peribadi.
As i myself.. kotak peribadi adalah hasil daripada kotak kasut bola. Kotak tu digunakan kerana kotak kasut bola pertama yang menjadi hadiah kepada adik, Aiman yang dihadiahkan oleh saya. Jadi ada satu kenangan di situ.
Semua hadiah hari jadi, akan disimpankan dalam kotak tu. Semua koleksi kad raya akan disimpan dalam kotak tu, semua koleksi surat-surat cinta monyet disimpan dalam kotak tu, semua 'price tag' barangan yang mahal dibeli masa kecil disimpan juga dalam kotak tu. Termasuklah koleksi post card :) dan bermacam-macam lagi.
Alamatnya, kotak tu dah pun penuh. Jadi cari kotak yang baru lagi...syaratnya mesti ada 'sentimental value'.
Bila dah besar ni, i mean dan menjangkau usia 20an, masih lagi punyai rasa menyimpan barangan yang punyai nilai estetika. Semakin banyak berjalan, macam-macam barangan jumpa,semua akan disimpan...
Nanti bila dah tua...buka kotak tu balik, dan tengok satu persatu, mesti akan tersenyum sendirian. :)
No comments:
Post a Comment