Sepanjang sesi pembelajaran ilmu tentang hidup pada tahun 2010. Apakah pengalaman pada tahun ini mampu menjadi pedoman untuk masa hadapan atau banyak pengalaman sudah disia-siakan dan kaku,mati tiada erti.
Biar masa itu berlalu, biarpun berlalu laju, nikmatinya, tetapi usah disia-siakan ,biar pergi tetapi berisi.
Jadi biasalah kehidupan itu ada salah silapnya. Kita manusia, kau, aku, mereka semua sama yang beza hanyalah amalan kita,menjadi hitungan untuk alam sana. Hanya Allah yang tahu. Beritahu aku jika sepanjang tahun ini aku ada kekuragan aku ada salah silap, kerana aku mahu muhasabah. Semoga tahun depan tidak berulang lagi kesilapan yang sama. Engkau sahabat, engkau yang terdekat, engkau cermin. Sila beritahu aku. Terima kasih kerana membantu.
Sini mungkin titik ubah atau titik kejatuhan. Susun atur dan rancanglah dengan baik untuk sesi pembelajaran hidup 2011. Ingin berubah mulakanlah dengan saat ini. =)
Sedikit sinopsis untuk 2010.
- Berada di tahun 2 sekolah perubatan Al-Azhar, pelbagai rintangan yang berat dilalui pada tahun ini, dengan sedikit tergelincir dari landasan pembelajaran, hilang semangat. Tambahan pula dengan gagal kertas anatomi dan perlu menduduki peperiksaan ulangan kertas Anatomi, sangat menduga jiwa. Suatu tahun yang sungguh dukacita.Akhirnya semuanya lancar juga, mendapat keputusan keseluruhan (Jayyid)baik. Ya Allah kuatkan hati hambaMu ini.
- Ramadhan yang indah di bumi Mesir, walaupun pada awalnya agak stress akibat perlu menduduki peperiksaan ulangan, tapi biasalah semua yang berlaku ada hikmahnya. Alhamdulillah, rasanya ramadhan tahun 2010 antara yang seronok. Dengan pengisian dan juga fokus untuk menghayati ramadhan.
-Raya kali ini, diraikan di bumi utara Kedah, bersama nenek dan juga saudara mara. Sungguh gembira, dapat bersama. Bahagia hati, Allah yang tahu. Kemudian sempat pula untuk menziarah sahabat lama sepengajian di Agama Yan. Terima kasih semua.
-Berat badan pada tahun 2010,menunjukkan naik turun yang positif dan berhenti dengan 87kg pada hari ini. Mungkin ini dinamakan hidup bahagia atau, makan tidak terjaga..? Jadi tindakan yang padu perlu diambil segear, bagi mengelakkan berlaku mutasi saiz yang tidak terkawal.
-2010, Allergic agak menjadi-jadi, ditambah pula dengan mudah stress tetapi dipendam. Memang mengundang pelbagai penyakit. Harapnya tahun baru, mampu menguruskannya dengan baik.
-Tahun ini, bersama sahabat yang lain berjaya membentuk pasukan ragbi Al-Azhar. Mengambil bahagian dalam kejohanan Zagzig 10's dan juga menganjurkan Kejohanan Ragbi Azhar 7's.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sukan ragbi dalam kalangan siswa Azhar.
-Tahun ini juga, menerima kunjungan sahabat dari Malaysia. Hanis kamis bersama sahabatnya dari UPM, dan juga menerima kunjungan dari sepupu Kak Nadia dan juga suami Abang Azhar. Jadi dengan kesempatan itu, melawat Piramid Giza, Makam Imam Syafie dan menyelusuri Sg.Nil.
- Menu masakan pada tahun ini juga rasanya makin bertambah dan lebih baik daripada sebelum ini, jutaan terima kasih kepada semua sifu masakan, insyaAllah kedepan lebih baik dan lebih variasi. ^^
- Masih lagi 'menyolo' dek gagal untuk mengambil sebarang langkah untuk memberitahu niat yang terbuku. Bila la agaknya nak berani beritahu perkara yang sebenar. Kalau melepas Sila Padan Muka.. =(
Semoga diberikan petunjuk yang terbaik dariNya.
-Tahun ini, sesi jejak kasih agak menjadi. Dengan bersua kembali sahabat handai ketika di pengajian peringkat sekolah rendah. Alhamdulillah semoga bertemu dan berpisah kerana Allah. Juga terima kasih kepada Mark Zuckenber dengan fb, kami memanfaatkan untuk menyambung kembali ukhuwah. :)
-Tahun ini juga, telah pergi atuk saudara yang sangat disayangi "Pak Da", jikalau dahulu gelak tawa dan usik riang dia akan ceriakan suasana di kampung, sekarang tidak lagi. Semoga Allah menempatkan roh arwah bersama orang yang beriman dan beramal soleh. We all here miss you.
- Tahun ini juga, beberapa orang sahabat dari KISAS telahpun membina masjid. Semoga berbahagia hingga anak cucu. Berbahagia bersama hingga ke syurga.
- Tahun ini juga, telah berjaya meneruskan lagi solo travel ke timur semenanjung malaysia.
Terima kasih kepada kawan kawan yang terlibat. Kamu semua memang terbaik.
- Perbelanjaan untuk koleksi peribadi pada tahun 2010 rasanya hanyalah dalam lingkungan rm1000, cukup jimat berbelanja. Harap tahun depan lebih bijak lagi.
-Berambut panjang pada sesi 2010, agak menerima pelbagai maklum balas dari orang ramai. Ada yang setuju, dan ada juga yang tidak setuju. Tapi paling best bila nenek, tarik rambut masa hari raya pertama sebab tak ikat kemass-kemas. Rambut panjang ini mungkin akan terus diguna pakai sehingga rasa bosan. Tapi bila akan bosan.? =)
- Lagu yang menjadi pilihan peribadi pada tahun 2010 ialah
::Collection of Maher Zain
::Secret- One Republic
::Grenade & Just the way you are- Bruno Mars
::Just a dream - Nelly / Cover by Sam Tsui
::Don't let me fall- B.o.B
::Hey Soul Sister- Train
::Perfect two- Auburn
::Collection of Outlandish
Koleksi Peribadi Sesi 2010.
:: Kasut Jordan Boxing Shoes Rjj.
:: Adidas Peru Sweater.
::Nike Total 90 football boot.
::FCUK jeans.
:: Muhammad Ali memorial t-shirt.
:: Onitsuka Tiger.
:: X-Men Cap.
and others that too much to list. =)
"Life is a learning process"
credit to: cik sue, kerana ingatkan saya untuk post sinopsis 2010. Sorry kalau coretan kali ini bosan. =)