CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Monday, March 31, 2008

'Dua Unsur dalam Manusia'

Diciptakan manusia ini sebaik-baiknya sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Manusia terdiri daripada dua unsur yang memamin kan peranan penting dalam kehidupan seharian. Unsur yang dimaksudkan itu ialah,unsur 'rohani' dan unsur 'jasmani'.

Unsur jasmani diciptakan oleh Allah kerana membolehkan manusia melakukan dan mengerjakan suruhan Allah. Hal ini kerana semua syrariat yang diperintahkan Allah memerlukan anggota tubuh badan seperti menunaikan haji,melakukan amal kebaikan dan sebaginya.

Jasmani boleh dikaitkan sebagai tubuh badan manakala rohani pula boleh dimaksudkan sebagai, jiwa,hati dan akal. Pentingnya rohani ini lebih jauh pentingnya daripada jasmani. Hal ini kerana segala perilaku manusia adalah berpunca dari rohani.

sabda Rasulullah yang membawa maksud,
Sesungguhnya dalam tubuh manusia itu ada satu benda yang apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuh manusia,dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh anggota tubuh manusia,Ingatlah bahawa benda itu adalah hati.

Sudah jelaslah apa yang kita dapat fahami daripada hadis ini bahawa bukan sahaja benda yang dilihat secara zahir boleh rosak tetapi benda batin juga boleh rosak,yakni hati. Penyakit yang dapat dilihat seperti penyakit berkaitan jasmani boleh dirawat dan diubati, jumpa tabib makan ubat,insyaAllah sembuh. Akan tetapi penyakit yang melibatkan rohani,iaitu hati tidak sesekali akan sembuh dengan cara yang sama seprti merawat penyakit jasmani.

Jika dilihat dan dikaji dari segi akibat penyakit rohani lebih menunjukkan kesan yang lebih dahsyat,berbanding penyakit jasmani.Hal ini kerana penyakit rohani jika tidak dirawat ianya akan berlautan hingga ke hari akhirat kelak,berbanding dengan penyakit jasmani yang akan terhenti sakitnya apabila sudah mati.

Dalam hal ini telah terbukti bahawa penyakit rohani lebih perlu dipandang serius pada masa kini.
Jangan hanya leka mengejar sesuatu yang hanya berbentuk lahiriah tetapi perlu juga mengejar suesuatu yang digelar rohaniah.

No comments: