CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Friday, March 28, 2008

"Nobita and The Animal Planet"

Kisah pengembaraan doraemon kali ini melibatkan sebuah planet yang baru mereka jejaki buat pertama kali. Kali ini watak wujud beberapa watak baru iaitu penduduk animal planet.

watak:Nobita,Doraemon,Giant,Sizuka dan Sunyio.
watak tamabahan: Chippo dan semua penduduk animal planet.

Pengembaraan yang bermula dari mimpi ngeri nobita yang telah membawanya pergi mencari apakah rahsia disebalik asap merah jambu. Dari situ Nobita telah sesat dan merentasi ke alam atau planet lain, planet itu bernama "the Animal Planet". Di sana nobita telah diekori oleh Doraemon, nobita telah ditimpa kesusahan dan doraemon telah membantunya. Mereka telah,menemui sahabat baru iaitu "chippo" seekor anjing, ketika itu chippo dalam kesusahan nobita telah menyelamatkan "chippo" dengan menggunakan alat "tangan panjang". Dari situ mereka berkenalan. Chippo telah membawa mereka pergi melawat rumahnya.

Di planet haiwan, nobita dan rakan-rakan sungguh rrasa teruja sekali, dengan kemajuan mereka kecapi. Planet itu bebas dari semua jenis pencemaran,menggunakan tenaga solar sebagai salah satu punca tenaga eletrik. Air sungai mereka tidak mengalir lesu, jernih dan tiada bau. Senua haiwan di sana boleh bercakap dan seperti manusia. Sizuka sungguh teruja dengan keindahan alam planet itu. Pada masa yang sama sunyio dan giant telah mengekori mereka, dan mereka berdua telah ditimpa kesusahan. Tetapi telah berjaya diselamatkan oleh doraemon.
Mereka semua perlu memakai topeng,

Nobita: beruang
Doraemon:kucing
Sizuka: arnab
sunyio: musang
Giant: gorila

Berlaku perebutan planet itu dengan kuasa jahat. Jadi mereka telah memberi bantuan kepada penduduk animal planet, mereka telah berjaya pada akhirnya. Peperangan itu telah dibantu oleh polis persekutuan. Penjenayah itu bernama cockroah geng,mereka ingin mendapatkan planet tersebut kerana keindahanny.Sungguh menarik cerita ini. Disini Jepun telah menekankan tentang kewajipan menjaga alam sekitar walaupun negara semakin maju. Hal demikian kerana kelalaian dalam mengejar kemewahan dan kemajun boleh menyebabkan kita menggadaikan harta alam semula jadi kita sendiri. Jadi ingatlah semua jagalah alam semula jadi yang sedia ini. Mulalah bercucuk tanam.

2 comments:

Anonymous said...

yeah..I'm totally agree plus I'm studying dis topic in my social studies - environment - ngeee~

Fahmi Ali Jr. said...

ouh that great..
leh laa tgk doraemon yew~