Monday, May 26, 2008
toleransiku...toleransimu..
"toleransiku dan toleransimu,satu perkataan yang mempunyai hati dan perasaan yang mana mampu membeli sebuah rasa kasih sayang atau memupuk rasa benci yang membuak-buak. Sejauh manakah kita cuba memahami keadaan toleransi dalam kehidupan kita seharian. Aku, kamu,engaku dan semua berkait rapat dengan kimia pertlaian kasih insan. Bersama-sama cuba memahami dan cuba menjaga hati dan perasaan.
Logikkah seorang manusia itu dilahirkan dengan hati yang kering? atau meniti arus yang semakin moden golongan seperti ini wujud dan semakin bertambah. Tetapi secara dasarnya selagi mana sesorang itu masih di dadanya terpahat iman dan islam,maka mainan perasaan dan hati itu pasti wujud. Tidakkah hati ini satu yang mudah terluka akibat lidah yang tidak bertulang mudah meludah kata-kata yang mampu menyakitkan hati. Bukan hanya lidah sahaja,perilaku atau bahasa badan juga mampu menyinggung perasan insan. Toleransiku dan toleransimu, satu perkataan yang berkait rapat dengan kehidupan kita dalam sebuah organisasi manusia majmuk.
Aku,kamu,engkau dan semua.Silibus untuk berubah dari satu fasa manusia yang mampu hidup secara aman dan bahagia dalam sebuah masyarakat besar ialah kekukatan dalam mengamalikan toleransi yang baik dalam kehidupan seharian. Kita perlu sedar,tahun dan cuba fahami apakah situasi yang sedang dialami oleh sahabat-sahabat kita atau mereka yang hampir dengan kita. Hal ini kerana dapat mengelakkan kita daripada melakukan sesuatu yang mampu menoreh hati dan perasaan mereka. Hal toleransi ini memerlukan kerelaan hati yang mana kadang-kadang ego tentang kekuasaan ataupun kekuatan yang dimiliki akan mengahalang nilai toleransi kita.Tetapi sejauh manakah hebatnya kita..?
Jika kita berjaya memahami konsep sebenar toleransi dan dapat amalkannya dengan baik, maka kita akan tergolong dalam mereka yang mana bahagi dalam organisasi. Kehidupan ini tidak mampu untuk hidup secara solo,paling kurang cuba hidup dalam keadaan beregu. Ini mampu membantu meringannkan beban hidup.Tetapi semuanya bergantung atas individu itu sendiri.
Wednesday, May 21, 2008
fantasikah dunia remaja..?
Kesilapan seorang insan pada zaman mudanya telah memberi satu kesan negatif untuk sepanjang hayatnya. Hal ini demikian telah terbukti apabila waktu remaja yang begitu lpang dan penuh dengan masa untuk meninmba ilmu di sia-siakan melakukan perkara-perkara yang negatif. Tetapi bagi seorang remaja yang hatinya mudah hanyut dengan kilauan nafsu dunia,waktu muda inilah yang patut di isi dengan lakaran hiburan hidup. Tiada erti susah payah menimba ilmu tiada erti susah payah mencari pengalaman berguna.
Muda hanya datang sekali dan nikmatilah waktu itu dengan penuh gembira. Perspektif inilah yang sering membuatkan anak-anak muda kita zaman sekarang semakin ramai yang terjerumus dalam kancah dunia negatif yang akan memberi satu implikasi sangat buruk pada masa hadapan. Implikasi yang akan berterusan sehingga akhir hayat seorang insane yang lalai ketika usia remajanya.
Remaja boleh ditafsirkan sebagai kelas usia seorang manusia yang berada dalam lingkungan 17 hingga 21 tahun. Dalam tempoh sebegini mereka akan mempunyai sifat ingin tahu dan ingin mencuba semua yang baru dalam hidup ini. Bagi mereka ini adalah satu pengalaman baru yang perlu diterokai. Jadi samada perkara itu positif atau negatif mereka akan
Selamatlah bagi anak muda yang mampu untuk membuat keputusan memilih jalan hidup yang lebih positif untuk memacu sebuah kehidupan yang penuh dengan kejayaan. Tetapi satu
Saturday, May 17, 2008
untuk satu harapan, ku korbankan keringat untuk lihat kau berjaya...
Melihat satu revolusi baru daya pemikiran anak muda yang dahagakan ilmu semakin menjadi kumpulan minoriti berbanding pemikiran anak muda yang kelaparan akan hiburan dunia. Adakah benar diskusi yang ingin dibawakan sekarang?.Jadi misi seorang insan yang bergelar atau dinamakan guru semakin berat. Dibebani dengan bukan sahaja satu tugas mendidik tetapi juga membentuk anak muda yang mudah lentok ke arah negatif atau pun positif. Guru perlu bersedia dari pelabagai segi kekuatan iaitu jiwa dan juga rohani.Mari kita bincangkan hal ini dari sudut berpijak di atas bumi yang lebih realiti. Para pelajar sekarang era 20xx, sudah lebih bijak dan lebih kreatif kadang-kadang negatif berbanding para pelajar yang baru sahaja bebas merdeka. Mereka sukar untuk dirotan sukar untuk dibentuk dengan agak kasar, kerana jika terlebih campur tangan ibu bapa akan menggangu guru. Cukup berbeza sekali dengan apa yang terjadi dahulu.
Hal itu tidak sikit pun menyekat hati seorang guru untuk menjadi penyampai ilmu kepada anak bangsa. Mereka tidak gentar dengan ugutan yang negatif dari mereka yang berfikir negatif. Yang penting bagi mereka amanah senagai seorang gur langsai diselesaikan. Mengukir ilmu di dada para pelajar yang "beriminat" untuk belajar adalah karier guru yang terbaik. Membantu menjana minat pelajar yang bermasalah juga satu kerja yang mulia. Itu semua termasuk dalam posisi pemain bernama guru. Sudah tidak mahu memanjangkan kata. Selamat hari Guru. pada mereka yang bergelar guru..
Friday, May 16, 2008
masih simbolikkah helang untuk memburu..
Fikirkanlah bersama isu pelajar untuk belajar atau pelajar untuk mencicirkan dirinya sebagai pelajar. Peratusan pelajar yang mampu untuk menjadi pelajar sebenar tidak memberikan satu kata terbitan yang positif langsung. Apa yang bertaut di hati warga pendidik ialah hiba,sayu dan pilu.Hal ini berlaku kerana ramai remaja di atas muka bumi tanah Melayu ini semakin alpa dan lupa yang tidak akan ada kuasa lain atau bekalan masa depan selain ilmu sebagai kuasa. Lainlah yang mempunyai latar belakang keluarga mampu menyara tujuh keturunan mereka.Tetapi masalah yang diibaratkan virus yang tidak dapat dikawal sistem imunisasi badan telah merebak ke seluruh minda masyarakat muda mudi sekarang.Hal ini merungsingkan pemimpin sekarang.
Adakah gagah seorang pelajar itu memakai uniform lengkap seorang pelajar tetapi melakukan salah laku,dan perilaku negatif yang dilakukan itu dibuat tanpa rasa malu tetapi bangga. Persoalannya, adakah itu mem'bangga'kan ataupun mem'bangang'kan.sebagai contoh saya petik dari akhbar harian kita menyatakan lebih 4,000 pelajar kita terlibat dengan aksi porno. Adakah kita tidak hairan?.Isu ini mungkin biasa berlaku di benua barat tetapi wajarkah meresap dan berlaku di kawasan timur.Lebih-lebih lagi Malaysia sebuah negara yang majoritinya melayu.Salah siapa.? kenapa jadi begini dan begitu.Sungguh hairan...satu isu yang perlu difikirkan setiap lapisan masyarakat.Dan masih wujud lagi ribuan salah laku yang melibatkan anak bangsa kita yang masih alpa dan tidak sedar kepentingan ilmu sebagai harta.
Apakah relevan pelajar disimbolkan untuk belajar. Tetapi secara logik dasarnya bukan semua pelajar melibatkan diri dengan semua isu negatif yang menular sekarang. Pelajar yang sedar motif insani dia dan situasinya yang akan belajar dan dapatkan ilmu sebanyak yang boleh.
Itulah bakal pimpinan negara kelak. mereka perlu menanamkan juga pengambilan secara teratur ilmu agama ataupun pengisian rohani agar seimbang dari segi lahiriah dan rohaniah. Terapi minda yang dikatakan mampu memantu pelajar untuk lapangkan dada dan terasa tenang secara logiknya perlu berkaitkan dengan alam semula jadi. Bergantung juga pada setiap individu itu sendiri,memikirkan cara terbaik untuknya.Tetapi jika pelajar seorang muslim membaca Al-Quran dan memikirakan tentang kejadian alam sudah mampu untuk membantu terapi minda.
Bagaimanpun sekalung tahniah dan sepenuh harapan tinggi menjulang kepada mereka yang masih inginkan kejayaan dalam hidup dan mengimpikan ilmu sebagai harta dalam perjalanan yang masih jauh.Tetapi pada mereka yang terpesong jauh ke negatifan maseh ada masa untuk berpaling dan berubah.Fikirkanlah "masih simbolikkah helang untuk memburu..masih simbolikkah pelajar untuk belajar..~
Wednesday, May 14, 2008
mari kaji bersama.....
adakah sikap nih suatu yang baik atau bagus..? atau perlukah kita memndang ini akan wujud nya perilaku sikap ini disebabkan oleh kondisi..?sama-sama fikirkan.
kadang-kadang sellfish boleh dikatakan satu sikap positif, adakah benar..?melalui pendekatan apakah yang membenarkan 'sellfish' ini positif?tapi situasi juga yang memungkinkan penyataan kewujudan nilai positif di sebalik sikap ini..
Tuesday, May 13, 2008
"jangan lupakan...
Teringat daku pada pesan sahabat baik ku. yang kini sedang berjuang untuk ke amerika bagi bidang bioteknolgi,"sesungguhnya mati satu peringatan yang baik'.
aku tefikir sejenak, memang setiap yang hidup pasti menghadapi mati.wahai diriku insan lemah bangunlah dari ulitan mimpi dosa maksiat durjana..Bangun..dan lari menuju cahaya keimanan yang mampu melindungi diri dari api yang menjulang bakal membakar pesalah-pesalah dunia yang tidak bertaubat.
Jangan lupakan....ungakapan yang baik. bila aku tidak melupaka mati..aku akan sentiasa mengingati bahawa hidup ini satu persinggahan.boleh dekaitkan dengan sebuah ladang yang perlu kita menanam(beramal) supaya akhirat kelak di pengakhiran boleh kita menyemai bila dihitung amalan kita tidak tersungkur di pintu neraka. Semuanya bergantung pada diri,kekuatan diri untuk melawan segala tipu daya syaitan yang menusuk-nusuk ke dalam jiwa..
Jangan lupakan mati walau seminit. mungkin baik lagi Jangan lupakan walau sesaat. Kerana mati tidak pernah melupakan kita....
Thursday, May 8, 2008
"mengembara sungguh indah kalau kita amatinya dengan baik.....'
Malam itu kami bergerak ke KL dengan menumpang Umair,hehe leh saving skit budget. Ingatkan umair leh la buat kan teman berbual time driving.Tapi aku yg tido awal skali 'on the way' ke sana. sedar-sedar dah sampai sentul.Di kL kami menumpang di rumah Umair di Sentul. Di sana kami tinggal untuk 2hari. Fuiyoo mmg best,sbb pada satu malam tuh sempat ikut satu ceramah khas "Black 14" di kg.baru. cayalah..
kemudian pergi pula menumpang di bangi.rumah Omar..hehe rumah bujang. tak terplan langsung dalam budget rm40 nk ke Port.Dickson tapi sebabkan alif nih baik hati dia telah memberi sedikit wang belanja kepadaku. Huish mmg besh ade pengalaman di P.dickson.Teringat aku masa kat kisas dulu. slalu lepak dengan hakim Jaafar, dan kata"akim kalau aku ada masa nnti aku pergi lepak rumah ko kat teluk kemang. hehe tapi sampai sekarang tak pernah ke sana lagi. Hakim doakan aku dipermudahkan ke sana kelak.
selepas seminggu di sana aku pun pulang ke kedah akhirnya...beshla pegi ke Kl hanya dengan rm40. memang 'koboi' abis......