CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Saturday, May 17, 2008

untuk satu harapan, ku korbankan keringat untuk lihat kau berjaya...

Dikau berjaya aku kan gembira,aku tidak perolehi apa-apa kecuali rasa bangga di hati kerana berjaya menyelesaikan satu misi yang penuh dengan amanah. Seorang guru yang mana berdiri di hadapan insan-insan buta ilmu mencari cahaya terbaik dari pendidik untuk berjaya di masa hadapan kelak. Logikkah guru di janakan kesamaan nya dengan sebatang lilin yang membakar diri nya untuk menerangi kegelapan. Jika wujud persoalan sedemikian, seorang guru lebih hebat tugasnya dari sebatang lilin yang memebakar diri untuk terangi kegelapan. Tatkala tugas guru bukan saja terhenti dengan pengisian ilmu bernas di dada tetapi juga disertakan misi untuk membentuk satu jari diri anak bangsa yang gagah di mata dunia. Satu jati diri yang tidak boleh rebah dan jatuh dimamah ideologi perosak bangsa.

Melihat satu revolusi baru daya pemikiran anak muda yang dahagakan ilmu semakin menjadi kumpulan minoriti berbanding pemikiran anak muda yang kelaparan akan hiburan dunia. Adakah benar diskusi yang ingin dibawakan sekarang?.Jadi misi seorang insan yang bergelar atau dinamakan guru semakin berat. Dibebani dengan bukan sahaja satu tugas mendidik tetapi juga membentuk anak muda yang mudah lentok ke arah negatif atau pun positif. Guru perlu bersedia dari pelabagai segi kekuatan iaitu jiwa dan juga rohani.Mari kita bincangkan hal ini dari sudut berpijak di atas bumi yang lebih realiti. Para pelajar sekarang era 20xx, sudah lebih bijak dan lebih kreatif kadang-kadang negatif berbanding para pelajar yang baru sahaja bebas merdeka. Mereka sukar untuk dirotan sukar untuk dibentuk dengan agak kasar, kerana jika terlebih campur tangan ibu bapa akan menggangu guru. Cukup berbeza sekali dengan apa yang terjadi dahulu.

Hal itu tidak sikit pun menyekat hati seorang guru untuk menjadi penyampai ilmu kepada anak bangsa. Mereka tidak gentar dengan ugutan yang negatif dari mereka yang berfikir negatif. Yang penting bagi mereka amanah senagai seorang gur langsai diselesaikan. Mengukir ilmu di dada para pelajar yang "beriminat" untuk belajar adalah karier guru yang terbaik. Membantu menjana minat pelajar yang bermasalah juga satu kerja yang mulia. Itu semua termasuk dalam posisi pemain bernama guru. Sudah tidak mahu memanjangkan kata. Selamat hari Guru. pada mereka yang bergelar guru..

No comments: