CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Mari Menabung. Sila Tekan

Tuesday, May 13, 2008

"jangan lupakan...

aku sering terlupa akan perilaku aku yang kadang-kadang angkuh dengan apa yang aku ada sekarang.semua yang aku miliki,aku akan fikir akan kekal untuk selamanya tetapi aku silap berjuta kali silap. semua ini berlaku keran aku selalu tewas dengan tarikan hawa nafsu yang membuak-buak dalam hati yang penuh dengan roh-roh dosa. Apa yang perlu aku lakukan sekarang,apa yang aku perlu bertindak sekarang. Aku masih bingung, aku masih gila...?gila akibat terlalu tewas dan akur dengan tuntutan hawa nafsu. Aku bagaikan tidak sedar yang aku akan mati...

Teringat daku pada pesan sahabat baik ku. yang kini sedang berjuang untuk ke amerika bagi bidang bioteknolgi,"sesungguhnya mati satu peringatan yang baik'.
aku tefikir sejenak, memang setiap yang hidup pasti menghadapi mati.wahai diriku insan lemah bangunlah dari ulitan mimpi dosa maksiat durjana..Bangun..dan lari menuju cahaya keimanan yang mampu melindungi diri dari api yang menjulang bakal membakar pesalah-pesalah dunia yang tidak bertaubat.

Jangan lupakan....ungakapan yang baik. bila aku tidak melupaka mati..aku akan sentiasa mengingati bahawa hidup ini satu persinggahan.boleh dekaitkan dengan sebuah ladang yang perlu kita menanam(beramal) supaya akhirat kelak di pengakhiran boleh kita menyemai bila dihitung amalan kita tidak tersungkur di pintu neraka. Semuanya bergantung pada diri,kekuatan diri untuk melawan segala tipu daya syaitan yang menusuk-nusuk ke dalam jiwa..

Jangan lupakan mati walau seminit. mungkin baik lagi Jangan lupakan walau sesaat. Kerana mati tidak pernah melupakan kita....

No comments: