Bisakah engkau terfikir akan keadaan sebenar remuk rendam hatiku jika kau tidak mampu untuk memahami apakah maksud sebenar isi hatiku ini. Aku ingin engkau faham apakah situasi sebnar yang ada berlaku di anatara kita. Aku tidak mahu kau merasa aku selalu salah dan aku selalu alpa.
"toleransiku dan toleransimu,satu perkataan yang mempunyai hati dan perasaan yang mana mampu membeli sebuah rasa kasih sayang atau memupuk rasa benci yang membuak-buak. Sejauh manakah kita cuba memahami keadaan toleransi dalam kehidupan kita seharian. Aku, kamu,engaku dan semua berkait rapat dengan kimia pertlaian kasih insan. Bersama-sama cuba memahami dan cuba menjaga hati dan perasaan.
Logikkah seorang manusia itu dilahirkan dengan hati yang kering? atau meniti arus yang semakin moden golongan seperti ini wujud dan semakin bertambah. Tetapi secara dasarnya selagi mana sesorang itu masih di dadanya terpahat iman dan islam,maka mainan perasaan dan hati itu pasti wujud. Tidakkah hati ini satu yang mudah terluka akibat lidah yang tidak bertulang mudah meludah kata-kata yang mampu menyakitkan hati. Bukan hanya lidah sahaja,perilaku atau bahasa badan juga mampu menyinggung perasan insan. Toleransiku dan toleransimu, satu perkataan yang berkait rapat dengan kehidupan kita dalam sebuah organisasi manusia majmuk.
Aku,kamu,engkau dan semua.Silibus untuk berubah dari satu fasa manusia yang mampu hidup secara aman dan bahagia dalam sebuah masyarakat besar ialah kekukatan dalam mengamalikan toleransi yang baik dalam kehidupan seharian. Kita perlu sedar,tahun dan cuba fahami apakah situasi yang sedang dialami oleh sahabat-sahabat kita atau mereka yang hampir dengan kita. Hal ini kerana dapat mengelakkan kita daripada melakukan sesuatu yang mampu menoreh hati dan perasaan mereka. Hal toleransi ini memerlukan kerelaan hati yang mana kadang-kadang ego tentang kekuasaan ataupun kekuatan yang dimiliki akan mengahalang nilai toleransi kita.Tetapi sejauh manakah hebatnya kita..?
Jika kita berjaya memahami konsep sebenar toleransi dan dapat amalkannya dengan baik, maka kita akan tergolong dalam mereka yang mana bahagi dalam organisasi. Kehidupan ini tidak mampu untuk hidup secara solo,paling kurang cuba hidup dalam keadaan beregu. Ini mampu membantu meringannkan beban hidup.Tetapi semuanya bergantung atas individu itu sendiri.
Monday, May 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment