Satu perbualan fakta atau rekaan semata-mata untuk menampakkan kegagahan ideolgi fiksyen sains yang memuncak dalam sanubari insan.Tetapi ku kupas sekali lagi tajuk ilmiah yang bakal mencoretkan suatu tanda tanya yang akan terjawab oleh makhluk yang bergelar insan."masih simbolikkah helang untuk memburu".Pabila di rungkaikan satu persatu tajuk ini boleh dikaitkan kepada "simbolikkah pelajar untuk belajar". Satu persoalan untuk diluahkan beribu jawapan.
Fikirkanlah bersama isu pelajar untuk belajar atau pelajar untuk mencicirkan dirinya sebagai pelajar. Peratusan pelajar yang mampu untuk menjadi pelajar sebenar tidak memberikan satu kata terbitan yang positif langsung. Apa yang bertaut di hati warga pendidik ialah hiba,sayu dan pilu.Hal ini berlaku kerana ramai remaja di atas muka bumi tanah Melayu ini semakin alpa dan lupa yang tidak akan ada kuasa lain atau bekalan masa depan selain ilmu sebagai kuasa. Lainlah yang mempunyai latar belakang keluarga mampu menyara tujuh keturunan mereka.Tetapi masalah yang diibaratkan virus yang tidak dapat dikawal sistem imunisasi badan telah merebak ke seluruh minda masyarakat muda mudi sekarang.Hal ini merungsingkan pemimpin sekarang.
Adakah gagah seorang pelajar itu memakai uniform lengkap seorang pelajar tetapi melakukan salah laku,dan perilaku negatif yang dilakukan itu dibuat tanpa rasa malu tetapi bangga. Persoalannya, adakah itu mem'bangga'kan ataupun mem'bangang'kan.sebagai contoh saya petik dari akhbar harian kita menyatakan lebih 4,000 pelajar kita terlibat dengan aksi porno. Adakah kita tidak hairan?.Isu ini mungkin biasa berlaku di benua barat tetapi wajarkah meresap dan berlaku di kawasan timur.Lebih-lebih lagi Malaysia sebuah negara yang majoritinya melayu.Salah siapa.? kenapa jadi begini dan begitu.Sungguh hairan...satu isu yang perlu difikirkan setiap lapisan masyarakat.Dan masih wujud lagi ribuan salah laku yang melibatkan anak bangsa kita yang masih alpa dan tidak sedar kepentingan ilmu sebagai harta.
Apakah relevan pelajar disimbolkan untuk belajar. Tetapi secara logik dasarnya bukan semua pelajar melibatkan diri dengan semua isu negatif yang menular sekarang. Pelajar yang sedar motif insani dia dan situasinya yang akan belajar dan dapatkan ilmu sebanyak yang boleh.
Itulah bakal pimpinan negara kelak. mereka perlu menanamkan juga pengambilan secara teratur ilmu agama ataupun pengisian rohani agar seimbang dari segi lahiriah dan rohaniah. Terapi minda yang dikatakan mampu memantu pelajar untuk lapangkan dada dan terasa tenang secara logiknya perlu berkaitkan dengan alam semula jadi. Bergantung juga pada setiap individu itu sendiri,memikirkan cara terbaik untuknya.Tetapi jika pelajar seorang muslim membaca Al-Quran dan memikirakan tentang kejadian alam sudah mampu untuk membantu terapi minda.
Bagaimanpun sekalung tahniah dan sepenuh harapan tinggi menjulang kepada mereka yang masih inginkan kejayaan dalam hidup dan mengimpikan ilmu sebagai harta dalam perjalanan yang masih jauh.Tetapi pada mereka yang terpesong jauh ke negatifan maseh ada masa untuk berpaling dan berubah.Fikirkanlah "masih simbolikkah helang untuk memburu..masih simbolikkah pelajar untuk belajar..~
Friday, May 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment